Friday, July 10

6. kamsis

Kamsis; asrama politeknik.


Sebab sem lepas aku dapat kamsis tapi sem ni aku tak dapat, so ada banyak benda jugak lah yang  aku rindu kat kamsis tu. At first kau memang akan rasa duduk kat kamsis macam shit tapi lama-lama  kau akan rasa benda tu satu experience. Experience yang kau akan kenang sampai bila-bila. Memang betul pun. Tu lah yang aku rasa sekarang ni.

Antara banyak-banyak benda yang aku rindu,  bilik aku lah yang paling aku rindu. Sebab bilik aku lah tempat yang aku selalu lepak, tido, makan, gelak, buat keja, stay sampai tak tido etc etc. Kebanyakkan benda yang jadi kat bilik tu banyak disumbangkan oleh roommate aku yana. Ntah lah dia ni cam hahahahahahaahaha amenda tah dia tu nasib sehati sejiwa kalau tak taktau lah.

Kamsis aku ni ada banyak maksud lain. Antara maksud lain tu ialah “kedai kucing”. Banyak gila kucing kat situ weh. Antara kucing kegemaran aku ialah “yin”. Dia ni comel comel kacak kacak gitu. Tapi satu je lah aku tak berkenan ngan dia ni. Si yin ni suka melepas kat taman depan bilik aku. Mentang mentang bilik aku kat aras ground. Yin ni pun kekadang tido dengan aku. Best gila ada fury friend ni. Hm rindu kat yin. Kalau lah hi tech 3 sekarang ni bukan lelaki yang duduk, dah lama aku pegi melawat yin.

Lepas tu kalau duduk kamsis memang tak sah lah kalau kau tak lepak cafe. Aku ni boleh dikatakan pelanggan tetap cafe jugak lah. Almost tiap malam pegi lepak sana. Lagi-lagi time nak last last sem tu. Memang kecoh. Time tu pulak kitorang start lepak ngan baby. Baby tu dah lah riuh. Kitorang yg dah sedia ada riuh ni pun bertambah tambah riuh. Memang tak sah lepak kalau tak gelak. Memasing gila. Hmm bestnya kalau dapat undur masa.

Banyak jugak lah benda yang aku rindu kat kamsis tu.  Macam roll call, masa takde air seminggu, buat kerja kat tengah dataran blok, time sukan lawan antara blok, fire drill, tawaf blok, ziarah menziarahi bilik orang lain. Ya ampun rindu yang amat! Haha


Nanti masa sem 4 nanti aku nak try mohon kamsis. Doakan aku dapat walaupun time tu sesi jun so mesti ramai intake. Tapi time tu mesti kamsis yang tinggi cam apartment yang tengah construct sekarang u dah siap so maybe lah akan dapat. Hm aku kena dapat dekan so peluang aku untuk dapat besar hehe

So korang pun pernah duduk asrama? cuba share sikit experience paling best ke tak best ke apa apa lah yang korang dapat masa kat asrama tu. nak gak tau hehe



kbye xx

No comments:

Post a Comment