Thursday, February 19

1. new chapter


Ok first, hai semua. Aku tau aku dah lama tak menulis. Nak buat macam mana, kekangan waktu. Sejak masuk politek ni, dengan assignment bagai, nak adapt dengan environment baru, kawan baru, tenaga pengajar baru. Senang memang senang, tapi lain orang lain lah caranya.

Banyak aku nak cerita, tak tau nak start dari mana. Ok lah aku start cerita pasal asrama aku. Nama blok asrama yang aku duduk kat sini ialah Hi Tech 3. Ye Hi Tech. Sebagai seorang YG stan yang bertauliah, aku tak dapat tahan diri dari fangirl. Kalau korang tak paham kenape, maksudnye korang bukan YG stan. Hehe

Eh lari dari topik pulak.

Aku dapat duduk bilik aras 1. Tapi honestly, bilik ni scary weh. Sebelah katil aku, ada tingkap and tingkap ni bukan ordinary tingkap. Tingkap ni menghadap kat tempat sidai baju. Kalau kau tak pasang langsir memang orang boleh nampak kau dari luar.

Roommate aku ni budak fashion. Tapi bukan rezeki dia, terpaksa  berenti sejurus lepas minggu suai kenal. Aku tinggal sensorang buat beberapa hari dalam bilik. Sementara tu ada budak ni, dia duduk aras ground, roommate dia pun nak berenti. After roommate dia berenti, aku tanya pejabat asrama if aku boleh pindah kat bilik dia. Alhamdulillah, diorang approved.

Seronok bila aku dapat pindah bilik. Dah lah aras ground. Dah lah roommate budak graphic gak. Dah lah roommate pun multifandom cem aku gak. Memang geng ah. Oh ye, actually kat aras ground ni, kebanyakkahnya ramai senior deaf. Dorang ambik sijil kemahiran. Roommate aku ni dapat ground pun sebab dia ada asma. Mak dia rayu supaya dia dapat bilik bawah.

Tapi bagus jugak sebab dak dak aras atas atas semua kecoh. Bising. Rimas aku.

Banyak hikmah bila dapat bilik aras ground. Firstly memang tak guna tangga ah. Dari asrama nak ke department memang jauhnya berkaki. Kalau rata je aku tak kisah, tapi sikit sikit bertangga. Menyampah kena ulang alik. Sampai department, kelas bukan kat bawah, hampir semua kelas buat kat tingkat atas. Tangga lagi. Boring dengan tangga.

Dah tu cafe pun dekat. Lapar je senang, jalan dua tiga empat kaki dah sampai. Masjid pun sama. Sejengkal je. Necessity yang lain macam toilet, mesin basuh, tempat sidai semua pun takyeh cakap. Tutup mata pun boleh sampai.

K aku merepek.

Tapi aku nak cakap aku bersyukur sangat. Walaupun tak perfect, tapi aku rasa dah cukup sempurna kat sini. Selesa alhamdulillah.

Lepas ni nak cerita pasal classmates aku. Dorang ni walaupun gila tapi awesome gak ah. haha

K lah bye dulu~

No comments:

Post a Comment